APA ITU SOLAT
Perkataan "Solat" beerti DOA dan menurut istilah syarak solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri salam dengan syarat-syarat tertentu. Sebelum melakukan ibadat solat, seseorang itu mestilah terlebih dahulu menyucikan diri daripada hadas dan najis. Sekiranya ibadat solat itu dilakukan dalam keadaan dirinya kotor, maka amalan tersebut tidak sah. Solat merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam.
- Solat Asar sebanyak 4 rakaat
- Solat Maghrib sebanyak 3 rakaat
- Solat Isyak sebanyak 4 rakaat
- Solat Subuh sebanyak 2 rakaat
- Solat Zohor sebanyak 4 rakaat
HUKUM BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT
- Orang yang meninggalkan solat boleh mendedahkan diri kepada
kekufuran kerana meninggalkan Rukun Islam.
- Orang yang mengingkari kewajiban solat adalah kufur kecuali dia baru
menganut agama Islam sedangkan dia belum mengetahui hukum wajibnya.
- Bagi yang meninggalkan dengan sebab segan atau malas tetapi mengakui
kewajiban solat, terdapat dua pendapat mengenai perkara ini :
- a) Menurut Abu Hanifah ; Tidak menjadi kafir tetapi boleh dikenakan hukum
takzir serta dipenjarakan sehingga dia kembali solat. Orang yang
meninggalkan solat dengan sengaja ini termasuk dalam orang yang berdosa.
- b) Menurut Saidina Ali dan Imam Ahmad Hambal ; Orang yang meninggalkan
solat dengan sengaja hukumnya kafir kerana mengingkari perintah Allah
- Kesimpulannya : Orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau
sengaja adalah fasik, kerana telah melakukan dosa besar iaitu mengabaikan
salah satu daripada Rukun Islam.